SOP COVID19

SOP Murid Arus Perdana Masuk Sekolah & Prosedur di Dalam Sekolah

Info

  1. Waktu pembelajaran akan bermula pada jam 7:30 pagi

  2. Ibu bapa tidak digalakkan menghantar murid terlalu awal ke sekolah

  3. Murid yang bergejala seperti deman / sesak nafas / batuk / selsema atau merekodkan suhu badan yang tinggi melepasi 37.5 darjah celcius TIDAK PERLU hadir ke sekolah

Murid Hadir ke Sekolah

Langkah 1

Berbaris mengikut garisan penjarakan bermula dari laluan masuk yang telah ditetapkan

Langkah 2

Guru akan mengambil suhu badan murid menggunakan termometer. Suhu badan akan direkodkan oleh guru kelas murid

Langkah 3

Murid akan diberi sanitizer pada kaunter seterusnya / sebelum memasuki kelas

Langkah 4

Murid berjalan ke kelas masing-masing berpandukan pada anak panah berwarna KUNING

Langkah 5

Murid akan berada di dalam kelas sepanjang waktu pembelajaran, termasuk pada waktu rehat

Murid Berada di Kelas

Langkah 1

Guru waktu pertama akan mengambil pesanan makanan dari murid untuk dimaklumkan pada pihak kantin

Langkah 2

Murid akan belajar di kelas masing-masing seperti biasa dan hanya akan dibenarkan meninggalkan kelas sekiranya perlu ke tandas. Murid perlu mengikuti laluan bertanda biru untuk ke tandas

Langkah 3

Pada waktu rehat, makanan akan dihantar ke kelas oleh pihak kantin mengikut pada pesanan yang dibuat

Murid Balik dari Sekolah

Langkah 1

Murid akan keluar dari kelas mengikut aturan & arahan guru, melalui pintu keluar yang telah ditetapkan

Langkah 2

Murid perlu mengikuti laluan keluar yang telah ditandakan dengan anak panah berwarna merah, dari kelas sehingga ke laluan keluar sekolah yang telah ditetapkan